Sunday, February 20, 2011

new post

Hari demi hari debaran makin terasa dan semakin kuat apabila mengenangkan result yang bakal keluar hari esok.Entahlah,kata orang walaupunbagaimanapun masa itu tetap akan tiba juga.Kita tidak boleh lari kemana kerana kehidupan kita ini dikelilingi masa yang sentiasa berputar tanpa henti dan tidak tahu bila hentinya.kuharapkan apa yang berlaku jua yang berlaku aku akan tetap terima dengan reda dan pasrah.Tapi bagaimana dengan orang lain disekeliling ku?Adakah mereka akan mencerca aku?Adakah mereka akan menghina aku?merendahkan dan pandang serong pada aku.Ermmm..entahlah,ku serahkan saja semuanya pada tuhan kerana dia yang berkuasa memberi hambanya rezeki.

Sunday, February 13, 2011

New Post

Sekian lama aku menyepi,akhirnya aku  bertemu cahaya yang mula menyinari hidupku.Ia diibaratkan sebatang lilin yang menerangi kegelapan yang menyelubungi sebuah kawasan yang dinamakan hati.Aku berharap sangat lilin itu akan sentiasa menyala di dalam hati aku kerana aku sangat memerlukannya.Selain dari lilin ia juga menjadi tiang kegembiraanku setiap masa,waktu dan kalau diizinkan tuhan buat selama-lamanya.Sebagai tanda kesyukuran aku panjatkan kesyukuran ke atas yang maha esa kerana telah memberikan kepada aku sinar atau cahaya kegembiraan yang aku inginkan selama ini.Dan aku harapkan sangat2 agar aku dapat mencapai kejayaan yang terlalu aku inginkan selama ini.wasalam...

Saturday, February 12, 2011

New Post

Hidup ini ibarat roda.Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah.Namun begitu hidup ini mestiah di teruskan kerana ianya adalah ujian dari tuhan.Kita mesti yakin bahawa setiap ujian itu pasti kita dapat tempuhi kerana tiada manusia yang diberikan ujian oleh tuhan di luar kemampuannya.Cuma dari sendiri saja yang mesti pandai berfikir dan mencari jalan bagaimana hendak menmpuhinya.....Renung-renungkanlah..

Thursday, February 10, 2011

See My Blog

Di dalam usia yang menjangkau 20 tahun ini,aku semakin peka dengan peluang kekayaan yang aku impikan selama nie.Walaupun banyak kepayahan yang aku lalui namun sedikit sebanyak aku belajar erti kehidupan yang sempurna.Aku yakin bahawa suatu hari nanti tuhan akan kabulkan impian aku kerana aku tahu tuhan sangat menyayangi hambanya.Tapi yang pastinya aku harus usaha lebih kerana insan yang berusaha lebih ia akan dapat rezeki yang lebih juga.Aku tidak peduli apa yang orang nak ckp pasal aku dan yang penting aku sentiasa ke hadapan.Bagiku orang yang suka complain aku itu ibarat monyet yang meminta tolong tatkala tempat mereka tinggal di tenggelami air dan tambahan pula perahu aku hanya untuk seorang saja tanpa ada benda lain.Kalau aku bawa monyet itu aku akan turut tenggelam bersama monyet2 itu dan tidak sampai ke destinasi.Begitulah yang maksudnya,jika kita ambil kisah dengan kata2 negatif yang orang lempar kat kita,kita akan menjadi patah semangat dan impian kita tidak akan tercapai.